Wednesday 31 August 2016

12 Tahun Penuh Gemilang

Assalamualaikum.

Nukilog menutup lembarannya pada 31 Ogos 2016.

Sepanjang 12 tahun, kisah suka duka telah saya nukilkan di dalam alam maya ini.

Segalanya bermula apabila dunia blogging mula meletup pada tahun 2004.

Namun, sedekad telah berlalu, dan pelbagai platform menggantikan blog sebagai persada luahan hati.

Kewujudan Twitter (laman microblogging), Facebook dan Instagram menyebabkan blog saya jarang sekali dikemaskini. Segala luahan dan respon secara langsung saya peroleh melalui platform-platform ini.

Namun, jasa Blogger tidak akan sama sekali saya lupakan. Hal ini kerana Blogger telah menyediakan platform untuk saya menaip panjang, luahan dari hati saya sendiri, dalam keadaan yang lebih selesa. Beberapa peristiwa besar telah mengubah diri saya melalui penulisan dan diterbitkan dalam blog ini. Secara tidak langsung, ia telah mengajar diri saya ini agar menjadi insan yang lebih mantap jatidiri pada masa mendatang.

Terima kasih kepada semua pembaca. Kita bersua di platform lain.

Sekian.

Afiq
Warna Kehidupanku - Nukilog - Afiq Mpun Nukilog.
7 September 2004 - 31 Ogos 2016.